Penilaian Jin Ping Mei

Dikenali selama berabad-abad sebagai bahan lucah dan diharamkan secara rasmi pada kebanyakan masa, buku ini telah dibaca secara curi-curi oleh banyak ahli kelas terpelajar. Hanya sejak dari Dinasti Qing bahawa buku ini dinilai semula sebagai karya kesusasteraan. Ceritanya adalah ketat dari segi struktur, penuh dengan puisi Cina klasik, serta mempunyai kematangan yang luar biasa untuk sebuah fiksyen awal. Ia juga mengolahkan persoalan-persoalan sosiologi yang lebih luas, seperti peranan wanita dalam masyarakat Cina kuno serta politik seks, semantara berfungsi sebagai sebuah novel tatatertib dan alegori terhadap kerosakan akhlak. Zhang Zhupo, pengkritik Qing yang terkenal, memerihalkan buku ini "sebagai buku yang paling luar biasa di dunia" (第一奇書), dengan Lu Xun memberikan novel ini kedudukan yang sama tinggi pada abad ke-20.

Cerita ini mengandungi amat banyak huraian tentang mainan seks dan teknik persetubuhan yang pada hari dianggap sebagai fetisyisme, serta juga banyak jenaka lucah dan eufemisme seks yang tidak langsung. Banyak pengkritik mendebatkan bahawa huraian-huraian seksnya yang amat terperinci adalah diperlukan, dengan pengkritik yang lain memerhatikan pengaruh pembebasannya terhadap novel-novel Cina yang lain mengenai keseksualan, khususnya Mimpi Rumah Agam Merah.

Tidak banyak diketahui tentang pengarangnya kecuali sebilangan tekaan bahawa beliau merupakan seorang sami Taoisme yang menulis untuk mendedahkan kerosakan akhlak dan amalan rasuah pada akhir Dinasti Ming. Bagaimanapun, Andre Levy , ahli kaji Cina berkebangsaan Perancis yang terkenal, meneka bahawa novel ini sebenarnya ditulis oleh seorang wanita.